Pelancongan

1. Sungai Sedim

Image

Sungai sedim yang berarus deras dan berjeram serta mempunyai ekosistem hutan adalah tempat yang sesuai untuk aktiviti riadah lasak.Program aktiviti utama yang boleh di lakukan adalah berkayak atau berakit di arus deras(White Water Rafting) di sepanjang 15 kilometer. Destinasi ini merupakan antara 5 destinasi terbaik di Malaysia bagi kegiatan berkenaan.Berkelah,mandi-manda,berenang dan perkhemahan di kawasan yang di khaskan turut menjadi keutamaan di destinasi ini di samping penganjuran kursus atau bengkel kecemerlangan diri dan berkumpulan.Destinasi ini di kenali sebagai Tapak Perkhemahan di Raja Kedah. Kedudukan destinasi ini terletak di sempadan antara Daerah Kulim dan Baling.



2. Treetopwalk Sungai Sedim.

Image

Tree Top Walk adalah tarikan baru yang menanti pengunjung. Jabatan besi yang di kenali sebagai Tree Top Walk Sungai Sedim telah di bina tinggi sehingga mencecah kemuncak pokok kayu yang merentas Sungai Sedim.Dari jambatan dapat dinikmati pandangan yang mempersonakan.



3. Reakreasi Air Terjun Junjung.

Image

Berada di kawasan Junjung dan jaraknya dari Bandar kulim adalah 14 kilometer. Semenjak tahun 1980an lagi destinasi ini telah menjadi tarikan pelancong dengan produk utamanya adalah air terjun dan persekitaran ekosistem hutan, kebun getah serta dusun buah-buahan. Pada musim buah-buahan khususnya musim durian,pengunjung boleh membeli buah berkenaan secara lansung dari pekebun. Program/ aktiviti utama yang boleh di lakukan di sini adalah berkelah,mandi- manda,berenang dan perkhemahan.

0 Response to "Pelancongan"

Post a Comment