Utama










blog sedang mengalami proses tranformasi

Info Pd

WAKTU OPERASI:

HARI : AHAD - KHAMIS.

MASA : 10.00AM - 6.00PM.REHAT : 1.00PM - 2.00PM.

CUTI : JUMAAT,SABTU DAN HARI PELEPASAN AM.

ALAMAT:

PERPUSTAKAAN DESA TAMAN CEMPAKA,

JALAN CEMPAKA 6, MUKIM SELAMA,

09810 SERDANG, KEDAH DARUL AMAN.

Definisi:

Perpustakaan Desa merupakan sebuah perpustakaan yang ditubuhkan di kampung atau petempatan kecil yang kurang daripada 10,000 orang yang tinggal secara berkelompok, sejajar dan bertaburan seperti FELDA, FELCRA, kampung orang asli, petempatan ladang dan kampung baru.

Objektif:

  • Memberi perkhidmatan perpustakaan secara percuma dan menyediakan sumber maklumat dalam pelbagai bidang perkara dan bentuk media bagi menyokong pembelajaran sepanjang hayat.
  • Menyediakan dan memberi akses pelbagai bentuk sumber maklumat kepada semua lapisan masyarakat untuk meningkatkan pembangunan diri, kemajuan sosial danekonomi masyarakat.
  • Memanfaatkan masyarakat setempat dan dapat menggalakan budaya membaca serta menangani jurang ilmu dan digital di kalangan masyarakat.
  • Menggalakkan penyebaran maklumat kepada masyarakat.
  • Berperanan sebagai satu tempat perjumpaan orang ramai untuk aktiviti sosial ke arah mengukuhkan perpaduan di kalangan ahli masayarakat.
  • Menyokong pembangunan kebudayaan dan kesenian tempatan.


Visi:
Berperanan sebagai agen perubahan bagi pembangunan sosial dan pemangkin kepada pemantapan budaya membaca.

Misi:
  • Menyediakan kemudahan akses maklumat kepada pengguna.
  • Memastikan kesamarataan akses bahan dan perkhidmatan yang disediakan untuk masyarakat.
  • Menggalakan penyertaan masyarakat setempat dalam aktiviti galakan membaca yang dianjurkan.

Latar Belakang:

  • Penubuhan Perpustakaan Desa di seluruh negara telah bermula sejak dari Rancangan Malaysia Ke-6 dan sehingga Disember 2008 sebanyak 614 unit Perpustakaan Desa telah diwujudkan.
  • Selain daripada itu, terdapat perpustakaan desa di kawasan luar bandar yang dibina oleh Agensi Kerajaan seperti KEMAS, FELDA, dan lain-lain serta Pihak Berkuasa Tempatan.
  • Pada tahun 2005, sebanyak RM30 juta telah disediakan bagi membangunkan 200 unit Perpustakaan Desa di Bawah Peruntukan Khas Belanja Mengurus yang ketika itu hanya melibatkan bangunan awam sedia ada di luar bandar yang boleh diubahsuai dan dilengkapkan dengan bahan bacaan, perabot serta alat kelengkapan komputer untuk dijadikan perpustakaan desa.
  • Pada tahun 2006, sebanyak RM85 juta telah diperuntukkan untuk meneruskan projek khas ini di mana sejumlah 225 unit Perpustakaan Desa telah berjaya dibina yang turut melibatkan pembinaan bangunan baru di atas tapak yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.
  • Pada tahun 2007, sebanyak RM35 juta telah diperuntukkan untuk pembinaan 50 unit Perpustakaan Desa melalui Memorandum Jemaah Menteri bertajuk Penerusan Projek-projek Perpustakaan Desa di Bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 20 Jun 2007.
  • Melalui program Pemberian Perkhidmatan Sejagat atau Universal Service Provision (USP) oleh Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK), dan SUruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), sejumlah 925 unit Perpustakaan Desa telah dilengkapkan dengan kemudahan ICT yang mempunyai rangkaian internet.

Kreteria Pemilihan Tapak Perpustakaan Desa:

(ubah suai)
  • Terletak di kawasan luar bandar iaitu di luar bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  • Belum ada sebarang perkhidmatan perpustakaan yang dikendalikan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri, Pusat Sumber KEMAS dan FELDA.
  • Bangunan sedia ada:
  1. keluasan ruang lantai, minimum 600 kaki persegi
  2. kukuh dan boleh diubahsuai
  3. mempunyai ciri-ciri keselamatan
  4. tidak terletak di kawasan bencana alam seperti banjir
  5. terletak di tapak hak milik kerajaan
  6. JKKK di kawasan itu bersedia bekerjasama dengan pihak perpustakaan dan memberikan kebenaran kepada PNM untuk mewujudkan perpustakaan desa sepenuhnya di bangunan tersebut


(bina baru)
  • Bangunan Baru
  1. keluasan tanah minimum 1000 kaki persegi
  2. tanah hak milik kerajaan
  3. tidak terletak di kawasan bencana alam seperti banjir
  4. mempunyai ciri-ciri keselamatan
  5. JKKK di kawasan itu bersedia bekerjasama dengan pihak perpustakaan dan memberikan kebenaran kepada PNM untuk mewujudkan perpustakaan desa sepenuhnya di bangunan tersebut


Jumlah Perpustakaan Desa Bagi Tahun 2005, 2006, & 2007 Mengikut Negeri:

BIL. NEGERI 2005 2006 2007 JUMLAH KEDUDUKAN
1 Johor 17 19 3 39 4
2 Kedah 18 34 4 56 2
3 Kelantan 14 17 3 34 8
4 Melaka 13 13 2 28 11
5 Negeri 9 11 46 3 60 1
6 Pahang 20 11 1 32 9
7 Perak 24 3 8 35 7
8 Perlis 5 11 2 18 12
9 Pulau Pinang 10 17 1 28 10
10 Selangor 12 2 3 17 13
11 Terengganu 20 13 6 39 5
12 Sabah 29 21 0 50 3
13 Sarawak 5 18 13 36 6
14 Labuan 2 0 1 3 14
JUMLAH 200 225 50 475




Pembangunan Koleksi:
  1. Perpustakaan Desa perlu mengurus pengumpulan koleksi tempatan seperti kajian tempatan pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi awam/swasta, risalah jabatan kerajaan/swasta dan keratan akhbar.

Perkhidmatan:

  1. Perpustakaan Desa hendaklah mudah bagi masyarakat setempat menggunakan perkhidmatannya dan mempunyai matlamat untuk memberi perkhidmatan kepada setiap kategori pengguna. Perpustakaan Desa mempunyai kumpulan sasaran yang terdiri daripada semua lapisan masyarakat. Profil pengguna perlu dikumpul dan dianalisis untuk mengenalpasti keperluan individu dan kumpulan dalam masyarakat bagi penyediaan bahan bacaan dan perkhidmatan yang memenuhi kehendak masyarakat setempat.

Kealian perpustakaan:

  1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
  2. Keahlian adalah percuma.
  3. Setiap pengguna yang ingin menggunakan perkhidmatan perpustakaan perlu mendaftar untuk menjadi ahli perpustakaan.
  4. Keahlian tidak boleh dipindah milik atau dipinjam.

Sirkulasi:

  1. Sirkulasi merangkumi aktiviti pinjaman dan pemulangan bahan.
  2. Ahli perpustakaan boleh meminjam maksumum 3 naskah bahan perpustakaan untuk tempoh selama 3 minggu.
  3. Tempoh pembahruan pinjaman bahan dibenarkan sekali sahaja.
  4. Surat peringatan akan dikeluarkan kepada ahli perpustakaan yang meminjam melebihi tempoh pinjaman yang ditetapkan.
  5. Denda akan dikenakan untuk perkara berikut:
  • Melebihi tempoh pinjaman yang ditetapkan. Denda dalam bentuk pengurangan naskah pinjaman atau melaksanakan aktiviti sosial seperti penyusunan buku di rak dan membantu mengendalikan aktiviti di Perpustakaan Desa.
  • Buku hilang/rosak.Denda dalam bentuk penggantian dengan buku yang sama atau buku lain dalam bidang perkara yang sama dengan nilai harga yang hampir sama.

Galakan Membaca:

  • Aktiviti galakan membaca secara berjadual dan terancang perlu dilaksanakan mengikut kumpulan sasaran secara berterusan. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan adalah seperti bercerita, mewarna, puppet, gubahan dan sebagainya.


Waktu Pembukaan:
Bagi mengoptimumkan penggunaan perkhidmatan perpustakaan oleh masyarakat, Perpustakaan Desa hendaklah dibuka 8 jam pada setiap hari kecuali cuti umum.

Peraturan Perpustakaan:
  1. Sentiasa berpakain dan berkelakuan sopan serta tertib.
  2. Tidak menggangu keselesaan pengguna lain.
  3. Perlu bertanggungjawab terhadap kemudahan dan koleksi Perpustakaan Desa.
  4. Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan harta benda milik pengguna.

Harapan:
  1. Hasrat murni Kerajaan ini perlu dilaksanakan dengan sepenuhnya demi mewujudkan masyarakat yang berbuda cintakan ilmu, berwawasan dan mempunyai jati diri.
  2. Petugas Perpustakaan Desa perlu memainkan peranan penting dalam menjayakan usaha ini.
  3. Satu Malaysia: "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.



Maklumat Am

SULTAN KEDAH

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Sir Almu'tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah

KEDAH LOGO

KEDAH MAP

KEDAH STATE SONG

Allah selamat Sultan Mahkota
Berpanjangan usia di atas Takhta,
Memelihara ugama Nabi kita,
Negeri Kedah serata-rata.

Menteri Besar Kedah.

NAMA : YAB.DATO'SERI HAJI AZIZAN BIN ABDUL RAZAK

ALAMAT: NO.7,JALAN SULTANAH,

05350 ALOR SETAR,

WISMA DARUL AMAN,

05503 ALOR SETAR,

KEDAH DARUL AMAN.

TEL BIMBIT: 019-3847118

EMAIL: ustazizan@kedah.gov.myAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya

P18 Kulim-Bandar Baharu.

NAMA : YB.ZULKIFLI BIN NOORDIN

ALAMAT: NO.933 KAMPUNG SYED SYEIKH,

KILANG LAMA,

09000 KULIM,

KEDAH DARUL AMAN.

TEL BIMBIT : 013-3988717

EMAIL: http://zul4kulim.blogspot.com

N36 Bandar Baharu.

NAMA: YB.YAAKUB BIN HUSIN

ALAMAT : NO.84,TAMAN SERDANG,

60980 SERDANG,

KEDAH DARUL AMAN.

TEL BIMBIT: 013-4884882

EMAIL: http://yaakubhusin.blogdrive.com

Penghulu mukim Selama.

NAMA: A. RAHIM BIN SHAARI

ALAMAT : KEDIAMAN PENGHULU,

MUKIM SELAMA, SELAMA KEDAH,

09810 SERDANG,

KEDAH DARUL AMAN.

TEL BIMBIT: 013-4157022.

Ketua Kampung Taman Cempaka.

NAMA: HJ. ISMAIL BIN HJ. SABLI

ALAMAT : NO. 86, TAMAN CEMPAKA,

JALAN CEMPAKA 3, SELAMA KEDAH,

09810 SERDANG,

KEDAH DARUL AMAN.

TEL BIMBIT: 0175257167.

PETA SELAMA
PETA SELAMA


SELAMA KEDAH MEMPUNYAI 3 TAMAN & BEBERAPA KAMPUNG SEPERTI:

1. TAMAN CEMPAKA 2. TAMAN CAMAR PUTIH 3. PERUMAHAN AWAM

4. KG KUALA SELAMA 5. KG MASJID 6. KG BANGGOL RASYID

7. KG SG ITAM 8. KG KUALA DINGIN 9. LADANG SELAMA

INI ADALAH MAKLUMAT UNTUK PENDUDUK TAMAN CEMPAKA.

JUMLAH PENDUDUK

JUMLAH PENDUDUK = 1835 ORANG.

PERINGKAT UMUR

1 = < tahun =" 335 ORANG.

2 = 12 – 17 TAHUN = 250 ORANG.

3 = 18 – 25 TAHUN = 300 ORANG.

4 = 26 – 40 TAHUN = 450 ORANG.

5 = 41 – 58 TAHUN = 300 ORANG.

6 = 58 > TAHUN = 200 ORANG.

Image

SOSIO – EKONOMI

NOSEKTORJUMLAH PEKERJAPERATUS
1KERAJAAN100 ORANG5.4%
2SWASTA234 ORANG12.75%
3PETANI629 ORANG34.27%
4BURUH669 ORANG36.58%
5PERNIAGAAN134 ORANG7.3%
6BADAN BERKANUN69 ORANG3.7%

JUMLAH1835 ORANG100%

Image
SUKU KAUM
NOKAUMJUMLAHPERATUS
1MELAYU1062 ORANG57.87%
2CINA 360 ORANG19.61%
3INDIA413 ORANG22.52%
JUMLAH1835 ORANG100%
PURATA PENDAPATAN
PENDAPATAN SEISI RUMAH = RM 751 – RM 1500 SEBULAN.

Sejarah

Taman Cempaka merupakan taman yang kedua dibina dikawasan Selama Kedah selepas Taman Perumahan Selama Kedah. Nama Taman Cempaka diberi oleh pihak majlis daerah dan tiada kena mengena dengan pokok cempaka ataupun peristiwa sejarah.Taman Cempaka telah di bina pada tahun 1993. Taman ini telah di bina dengan 2 Fasa. Fasa 1 mempunyai 200 buah unit rumah sahaja. Pada tahun 1994 Fasa 2 pula mula dibina dengan penambahan 180 buah unit rumah lagi. Pada tahun1995 pembinaan mulai siap 100% dan mula diduduki oleh orang ramai. Sebanyak 380 buah unit rumah telah siap dibina. Penduduknya pula terdiri daripada berbagai kaum seperti Melayu, Cina, India & lain-lain. Pekerjaan penduduk di Taman Cempaka terdiri daripada Kakitangan Kerajaan, Perniaga, & Kerja sendiri. Mengikut kaji selidik yang telah dibuat 50% rumah di Taman Cempaka bertaraf rumah sendiri manakala 50% lagi adalah rumah yang disewa.

Jkkk

PEGAWAI DAERAH

Tuan Haji Zauki B. Musa,AMK.BCK

KETUA PENOLONG PEGAWAI DAERAH

Mohamad Subhi B. Abdullah.BCK

PENGHULU

MUKIM BAGAN SAMAK

Ahamad Fuad B. Z. Abidin

MUKIM SERDANG

Mohamad B Hashim

MUKIM SG BATU

Muhammad Fazil B Ahmad

MUKIM SELAMA

Abdul Rahim B Shaari

MUKIM RELAU

Sharimnishyam B Shahbudin

MUKIM SG KECHIL ILIR

Azmi B Dollah



SENARAI NAMA AJK PJL TMN CEMPAKA

1. PENASIHAT-A. RAHIM BIN SHAARI

2. PENGERUSI-NOOR HASMAYANI BT ALI

3. NAIB PENGERUSI-ROSZUVITA BITI MOHD RASDI

4. BENDAHARI/SETIAUSAHA-MOHD ZAMRI BIN AYOB

5. WAKIL WARGA EMAS-HJ ISMAIL BIN HJ SABLI

6. WAKIL BELIA-SITI NOR SHAFIQAH BTE ROSLI

7. WAKIL PIBG-ROSLI BIN BAKAR

8. WAKIL JKKK-OTHMAN BIN YAHYA

9. WAKIL WANITA-SABARIAH BT BAKAR